Saturday, June 20, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2009






















LDP 4 PENGURUSAN PSS

Pada 23.05.2009 ,Pihak sekolah Sk.Kota Jembal mengadakan sekali lagi kursus dalamannya untuk kali yang ke 4. Kursus ini bermula jam 08.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang.Kursus ini dijalankan di BilikPSS Sk.Kota Jembal. Fasilitator bagi kursus ini ilah Encik Rosdi bin Mat Zin iaitu penyelaras PKG tapang. Searamai 55 orang guru yang terlibat dalam kursus ini. Objektif mengadakan kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada guru-guru berkenaan pengurusan PSS di samping memantapkan lagi pengurusan PSS SKKJ.

Sekian, terima kasih.

Gambar akan menyusul kemudian.....

LDP 3 KURSUS ETIKA KERJA















Pada 11.04.2009 Sk.Kota Jembal Sekali lagi mengadakan kursus dalaman (LDP) untuk kali yang ke tiganya.Kursus ini telah bermula dari jam 08.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang.
Kurus ini dijalankan di Bilik Gerakan Sk.Kota Jembal.
Kurusus ini telah dikendalikan oleh En.Hussin bin Awang iaitu ketua sektor unit jaminan kualiti Jabatan Pelajaran Kelantan. Kursus ini melibatkan seramai 52 orang guru.
Antara objektif kursus ini adalah untuk memantapkan lagi etika kerja guru-guru SKKJ ke arah mencapai visi dan misi sekolah.
Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 2, 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI













Pasukan unit uniform TKRS Sk.Kota Jembal telah menjadi johan kawad kaki peringkat PPD Kota Bharu. Pada 1 Jun 2009 Pasukan kawad kaki TKRS SKKJ telah mewakili PPD KB untuk ke pertandingan peringkat negeri yang telah dijalankan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke 4 Kota Bharu.Dalam pertandingan kali ini pasukan kita kurang bernasib baik dan diharapkan pada masa hadapan kejayaan akan menjadi milik kita.Apa pun tahniah kepada pasukan TKRS dan semua yang terlibat....TAHNIAH.........






Sunday, May 31, 2009

LDP ke 2. KURSUS PENGURUSAN PEMULIHAN

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG KURSUS







Pada 28 Mac 2009 ( Sabtu ) Pihak Sk Kota Jembal sekali lagi telah mengambil inisiatif untuk mendedahkan semula kepada guru-guru tentang pemulihan khususnya pemulihan di dalam kelas.
Kursus ini bermula jam 08.30 pagi dan berakhir 04.30 petang.Seramai 53 0rang guru menyertai kursus ini yang disampaikan oleh fisilitator yang berpegalaman. Diharapkan daripada kursus ini guru-guru mendapat idea untuk menguruskan pemulihan yang merupakan satu


espek penting dan tidak boleh diabaikan demi meningkatkan pencapaian murid. Kursus ini telah dilangsungkan di Makmal Komputer SKKJ. Sekian.......

..


















Saturday, May 30, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SK KOTA JEMBAL 2009





























Pada 17 Mei 2009, SK Kota Jembal telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Berbagai acara telah dijalankan antaranya seperti perlawanan bola tampar dan bola jaring antara guru. Dalam perlawanan bola tampar pasukan Cikgu Saupi telah mengalahkan pasukan Cikgu Nazir dengan mudah sekali . Tahniah Cg. Saupi dan kepada pasukan Cg. Nazir cuba lagi di tahun hadapan. Dalam perlawanan bola jaring pula pasukan Cg Rosliza juara dan pada pasukan kalah jangan berputus asa. Cuba lagi.........................


Guru -guru SKKJ juga menunjukkan bakatnya dalam acara pentas. Pasukan Nasyid yang diketuai oleh Ustazah Zainab telah menarik perhatinan ramai. Panitia Matematik juga tidak kurang baiknya......apapun ianya amat terhibur.....SELAMAT HARI GURU....

Friday, May 29, 2009

PANITIA SAINS




Bulan Mei merupakan Bulan Panitia Sains SK Kota Jembal.Berbagai aktiviti telah dijalankan antaranya seperti melengkapkan puzzle, meneka silang kata,melukis poster dan sebagainya.Pada 28.Mei diadakan majlis penutupan Bulan Panitia Sains.Majlis Perasmian penutup tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar iaitu Puan Hajjah Nurizam bt.Ab Rahman.Majlis penutupan Bulan Sains dijalankan dengan begitu meriah sekali dan ianya dimulakan dengan persembahan koir daripada murid-murid tahun 4 Arif. Seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang bulan Mei. Di sini dilampirkan gambar-gambar untuk tatapan semua....











Persembahan Koir daripada Kelas 4 Arif








video



video