Wednesday, November 19, 2008

LDP KE- 5, KURSUS PENGURUSAN PANITIA

Pada 1 November 2008 ( Sabtu ) pihak sekolah Sk.Kota Jembal talah mengadakan kursus Pengurusan Panitia. Kursus ini juga telah diadakan di Bilik Gerakan Sk. Kota Jembal. Kursus ini melibatkan seramai 48 orang. Kursus bermula jam 8.00 pagi hingga jam 4.30 petang.Kursus ini telah disampaikan oleh Tn.Haji Mior Abdullah Yusoff bin Mior Hamzah iaitu Penolong Kanan 1 sekolah ini. Kursus ini bertujuan mendedahkan guru-guru dalam menguruskan sesebuah panitia.

Terima Kasih....

LDP KE-4 , KURSUS PENGURUSAN STRESS

Pada 18 Oktober 2008 ( Sabtu ) pihak Sk.Kota Jembal telah mengadakankan Pengurusan Stress bertempat di Bilik Gerakan Sk. Kota Jembal. Kursus ini bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.Tujuan kursus ini diadakan sebagai bimbingan kepada guru-guru dalam menghadapi beban kerja dan mengatasi segala masalah harian yang berlaku.. Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Hadi Muhammad iaitu pensyarah Institut Perguruan Sultan Mizan,Besut. Kursus ini telah dihadiri seramai 48 orang guru.Kursus ini juga mendapat sambutan yang amat baik oleh guru-guru.

Sekian, terima kasih..

LAPORAN KURSUS MOTIVASI KERJA

Pada 2 Ogos 2008 (Sabtu) pihak Sekolah Kebangsaan Kota Jembal telah mengadakan LDP yang ke tiga iaitu Kursus Motivasi Kerja. Kursus ini telah diadakan dibilik gerakan Sk.Kota Jembal.Kursus ini bermula dari jam 8.00 pagi himgga jam 4.30 petang.Kursus disampaikan oleh Tn.Haji Abdul Hadi Mohamad itu pensyarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut.Seramai 48 orang guru yang terlibat dalam kursus ini.Kursus ini bertujuan memberikan motivasi kepada guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sekian,terima kasih.

Tuesday, November 4, 2008