Sunday, May 31, 2009

LDP ke 2. KURSUS PENGURUSAN PEMULIHAN

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG KURSUS







Pada 28 Mac 2009 ( Sabtu ) Pihak Sk Kota Jembal sekali lagi telah mengambil inisiatif untuk mendedahkan semula kepada guru-guru tentang pemulihan khususnya pemulihan di dalam kelas.
Kursus ini bermula jam 08.30 pagi dan berakhir 04.30 petang.Seramai 53 0rang guru menyertai kursus ini yang disampaikan oleh fisilitator yang berpegalaman. Diharapkan daripada kursus ini guru-guru mendapat idea untuk menguruskan pemulihan yang merupakan satu


espek penting dan tidak boleh diabaikan demi meningkatkan pencapaian murid. Kursus ini telah dilangsungkan di Makmal Komputer SKKJ. Sekian.......

..


















Saturday, May 30, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SK KOTA JEMBAL 2009





























Pada 17 Mei 2009, SK Kota Jembal telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Berbagai acara telah dijalankan antaranya seperti perlawanan bola tampar dan bola jaring antara guru. Dalam perlawanan bola tampar pasukan Cikgu Saupi telah mengalahkan pasukan Cikgu Nazir dengan mudah sekali . Tahniah Cg. Saupi dan kepada pasukan Cg. Nazir cuba lagi di tahun hadapan. Dalam perlawanan bola jaring pula pasukan Cg Rosliza juara dan pada pasukan kalah jangan berputus asa. Cuba lagi.........................


Guru -guru SKKJ juga menunjukkan bakatnya dalam acara pentas. Pasukan Nasyid yang diketuai oleh Ustazah Zainab telah menarik perhatinan ramai. Panitia Matematik juga tidak kurang baiknya......apapun ianya amat terhibur.....SELAMAT HARI GURU....

Friday, May 29, 2009

PANITIA SAINS




Bulan Mei merupakan Bulan Panitia Sains SK Kota Jembal.Berbagai aktiviti telah dijalankan antaranya seperti melengkapkan puzzle, meneka silang kata,melukis poster dan sebagainya.Pada 28.Mei diadakan majlis penutupan Bulan Panitia Sains.Majlis Perasmian penutup tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar iaitu Puan Hajjah Nurizam bt.Ab Rahman.Majlis penutupan Bulan Sains dijalankan dengan begitu meriah sekali dan ianya dimulakan dengan persembahan koir daripada murid-murid tahun 4 Arif. Seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang bulan Mei. Di sini dilampirkan gambar-gambar untuk tatapan semua....











Persembahan Koir daripada Kelas 4 Arif












Thursday, May 28, 2009

CIKGU AZIZAH DALAM KENANGAN

Terima kenangan dari saya yang tek seberapa ni....


Terima kasih dik ya...belajar rajin-rajin.







Ucapan terakhir di SKKJ. Bye.......

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NOR AZIZAH


MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NOR AZIZAH BELANGSUNG DALAM SUASANA SEDIH DAN PILU.BELIAU MERUPAKAN SEORANG GURU BAHASA INGGERIS YANG PENUH DEDIKASI DAN PENYAYANG. SEPULUH TAHUN MENABUR JASA DI SK.KOTA JEMBAL DAN AKHIRNYA PADA 28.05.2009 BELIAU SECARA RASMINYA MENINGGALKAN SEKOLAH INI KERANA MENGIKUT SUAMINYA KE NEGERI KEDAH DARUL AMAN.BERSAMA-SAMA INI DILAMPIRKAN POTRET HARI TERAKHIR BELIAU DI SK.KOTA JEMBAL.HARAPAN KAMI SEMOGA BELIAU BERGEMBIRA DI SEKOLAH BARU DAN JADILAH GURU YANG BAIK DUNIA DAN AKHIRAT WASALLAM...








Tuesday, May 19, 2009

LAPORAN KURSUS PENGURUSAN STRESS (LDP 1)

Pada 14 Mac 2009 (Sabtu ) Pihak SKKJ telah mengadakan kursus pengurusan stress. Kursus ini bermula jam 08.00 pagi hingga 04.30 petang. Seramai 30 orang guru terlibat menyertai kursus ini yang diadakan di bilik gerakan. Kursus ini bertujuan memberi panduan kepada guru dalam menangani stress memandangkan tanggungjawab guru yang semakin mencabar serta terpaksa berhadapan dengan kakangan masa yang tidak dapat dielakkan.Jesteru,pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengisi salah satu slot LDP dengan ilmu pengurusan stress.

Gambar akan menyusul kemudian.....